Pembakaran diri Aaron Bushnell
Pembakaran diri Aaron Bushnell

Pembakaran diri Aaron Bushnell

Pada 25 Februari 2024, Aaron Bushnell, seorang askar Tentera Udara Amerika Syarikat berusia 25 tahun, mendekati Kedutaan Israel di Washington, DC lalu membakar diri di pintu pagar hadapan untuk membantah apa yang disifatkannya sebagai genosid oleh Israel dalam perang Israel-Hamas. Semasa kejadian itu, Bushnell berkata bahawa beliau memprotes "apa yang orang telah alami di Palestin di tangan penjajah mereka" dan mengisytiharkan bahawa beliau "tidak akan lagi bersubahat dalam genosid" sebelum menyiram dirinya dengan petrol dan membakar dirinya sendiri. Semasa terbakar, Bushnell berkali-kali menjerit "bebaskan Palestin!" sementara perkhidmatan kecemasan tempatan tiba di tempat kejadian.[1][2][3]Perbuatan itu disiarkan secara langsung di Twitch.[4] Jabatan Polis Metropolitan DC bertindak balas untuk membantu Perkhidmatan Rahsia Amerika Syarikat selepas Bushnell membakar dirinya, dan dibawa ke hospital tempatan dalam keadaan kritikal.[5] Polis Washington DC mengesahkan kematian Bushnell pada hari berikutnya.[6] Ini ialah pembakaran diri kedua membantah perang di sebuah stesen diplomatik Israel di Amerika Syarikat, dengan seorang lagi penunjuk perasaan membakar diri mereka di konsulat Atlanta pada bulan Disember.[1]

Rujukan

WikiPedia: Pembakaran diri Aaron Bushnell https://web.archive.org/web/20240225234815/https:/... https://web.archive.org/web/20240226053631/https:/... https://web.archive.org/web/20240226081955/https:/... https://web.archive.org/web/20240226053107/https:/... https://web.archive.org/web/20240226101737/https:/... https://web.archive.org/web/20240226033225/https:/... https://web.archive.org/web/20240226001222/https:/... https://web.archive.org/web/20240226051913/https:/... https://www.worldcat.org/issn/0362-4331 https://www.nytimes.com/2024/02/25/world/middleeas...